Profail Syarikat

PROFAIL SYARIKAT

LATAR BELAKANG SYARIKAT

ALMIZI INDUSTRIES telah memulakan perniagaan pada 2001 dengan memulakan proses pembuatan perabot seperti almari, meja dan peralatan kelas untuk sekolah, maktab atau kolej..
Bermula dengan kilang yang kecil dan 3 orang pekerja, dikawasan tanah persendirian di Taman Temerloh Jaya.

ALAMAT KILANG


AL MIZI INDUSTRIES
Sebelah Masjid An Najah
Taman Temerloh Jaya,
28000 Temerloh Pahang

ALAMAT KEDAI PERABOT & SHOWROOM









ALMIZI INDUSTRIES
NO 10,  PUSAT PERNIAGAAN CHENGAL
28000 TEMERLOH PAHANG
TEL: 017-9241751
eMAIL: almizi_industries@hotmail.com

1. Pendahuluan

Pada peringkat awal, syarikat menceburi bidang pembuatan
perabot ini berasaskan permintaan yang tinggi daripada penduduk
setempat terhadap perabot terutamanya bagi keperluan
premis kediaman. Seterusnya dengan permintaan dan pasaran
yang semakin berkembang Al Mizi Industries semakin bersemangat
dan serius untuk mempelbagaikan produk dan meluaskan pasaran
ke premis lain seperti pejabat, sekolah, kedai dan kuarters kakitangan
kerajaan. Malah Al Mizi Industries berjaya meluaskan lingkaran
pasaran bukan sahaja dalam negeri Pahang tetapi juga sampai ke
Johor.

2. Visi dan Misi

2.1 VISI
Berkembang menjadi sebuah syarikat yang berjaya
di peringkat yang lebih tinggi dalam pembuatan perabot
dan mampu bersaing di pasaran yang semakin mencabar.

2.2 MISI
Menghasilkan produk yang bermutu tinggi,
memberikan khidmat yang cemerlang dan ‘kepuasan
pelanggan adalah keutamaan kami’.

3. Objektif Syarikat
3.1 Menjalankan perniagaan perabot bagi memenuhi
permintaan pasaran Temerloh dan daerah sekitarnya.
3.2 Memberi peluang pekerjaan kepada individu yang mahir
dalam bidang pembuatan perabot di sekitar Temerloh.
3.3 Selaras dengan seruan kerajaan supaya lebih ramai
bumiputera melibatkan diri dalam sektor Industri Kecil dan
Sederhana (IKS).

4. Latar Belakang Syarikat

Perniagaan ini telah dimulakan secara kecil-kecilan pada
pertengahan tahun 1997 dengan nama pendaftaran ATN Trading.
Walaupun tanpa pengalaman yang mendalam dalam bidang pembuatan
perabot, perniagaan ini telah bergerak secara perlahan-lahan
dalam mencari tapak mula. Namun perjalanan tidak jauh.
Berikutan dengan kemelesetan ekonomi pada tahun 1997, perniagaan
ini tidak dapat bertahan dan telah dibubarkan pada tahun
2000.

Setelah bermuhasabah dan belajar daripada kesilapan, dengan semangat
tidak mengenal erti ‘gagal’ dalam kamus hidup, Al Mizi
Industries telah ditubuhkan. Pelanggan awal kebanyakannya
adalah guru-guru. Dengan hasil perabot yang berkualiti tinggi dan
tawaran harga yang berpatutan berjaya menarik ramai pelanggan.
Bermula dari pembuatan perabot pasang siap dari rumah ke rumah,
kini Al Mizi Industries telah mula mendapat kepercayaan daripada
kontraktor-kontraktor utama di sekitar Temerloh untuk melaksanakan
kerja-kerja perabot yang lebih besar. Sebagai contoh, membuat
perabot dan kabinet di sekolah-sekolah, pejabat dan kedai.
Ternyata setelah lebih 10 tahun menceburi bidang ini, Al Mizi
menjadi lebih matang dan berdaya saing.

6. Kedudukan Kewangan Syarikat

6.1 Perniagaan ini telah dimulakan dengan modal berbayar
RM50 000 yang diperolehi dari simpanan dan pinjaman.
6.2 Aset tetap perniagaan adalah seperti berikut:

Bil Kuantiti Nilai RM(anggaran)

1 Tanah 1 ekar RM 250 000
2 Bangunan Kekal 2 unit RM 145 000
3 Mesin 11 unit RM 75 000
4 Kenderaan (Lori) 4 unit RM 250 000
5 Rumah 1 buah RM 150 000
JUMLAH RM 870 000

7. Produk Syarikat

Pada masa kini syarikat menawarkan beberapa produk:
1. Pembuatan dan pemasangan kabinet dapur
(kitchen cabinet).
2. Pembuatan dan pemasangan ‘Built In Furniture’.
3. Merekabentuk perabot mengikut citarasa pelanggan.
4. Perkhidmatan Sub Kontraktor pembuatan perabot dalam
bangunan, pejabat, kedai dan premis perniagaan.
5. Perkhidmatan membuat dan memasang grill.

8. Pengalaman Syarikat

8.1 Pengalaman Kerja

Pada masa ini syarikat mempunyai 7 orang pekerja
mahir dan 5 orang pekerja separuh mahir. Pekerja mahir
adalah lepasan daripada Institut Kemahiran Belia Negara
(IKBN) dan Institut Kemahiran Mara (IKM) yang pernah
bekerja dengan kilang pengusaha Cina di sekitar Temerloh.
Pekerja mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam
menghasilkan perabot berkualiti. Kebolehan pekerja
menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan menepati
masa yang ditetapkan telah membolehkan syarikat mendapat
banyak tempahan termasuklah projek-projek di bawah
kerajaan seperti Amalina Perdana Raub dan Projek Kuarters
Penjara di Simpang Renggam, Johor dan beberapa projek di
negeri Terengganu dan Kelantan.
Selain itu, Al Mizi Industries juga telah mendapat kepercayaan
bagi membuat dan menyempurnakan beberapa projek di
bawah Jabatan Kerja Raya (JKR), Felda dan projek
perabot sekolah di Pahang

Di samping itu telah banyak projek di bawah Felda telah
diamanahkan kepada syarikat ini. Antaranya ialah kerja-kerja
membuat dan membekal perabot untuk rumah-rumah
pengurus dan kakitangan Felda di wilayah Jengka, Gugusan
Bera, Felda Kerchau Lipis dan Bukit Sagu Kuantan.
Kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan dari semasa
ke semasa menjadikan syarikat ini semakin mantap. Perkara
seumpama ini memberikan keyakinan kepada syarikat untuk
terus maju kehadapan dan bersaing dengan syarikat IKS lain
di pasaran secara terbuka.

Hal ini terbukti apabila Al Mizi Industries sentiasa mendapat
tempahan daripada masyarakat setempat untuk melengkapkan
perabot di rumah masing-masing.
Di samping itu, banyak juga atwaran yang diterima daripada
pihak jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta.
Kinin Al Mizi Industries mengorak langkah berani dengan
menceburi kerja-kerja kejuruteraan besi.

9. Projek-projek Syarikat

9.1 Sub Kontraktor

BIL           KONTRAK KERJA                JUMLAH(RM)            TARIKH SIAP
1.              Membekal, membuat dan             55 000                            November
                 memasang dengan sem                                                        2001
                 purna perabot asrama
                 Sekolah Menengah
                 Agama Chenor, Maran
2.              Membekal, membuat dan             50 000                             Disember
                 memasang dengan sem                                                         2001
                 purna perabot asrama
                 jururawat Hospital Daerah
                 Bentong

3.              Membekal, membuat dan              170 000                           April
                 memasang dengan sem                                                          2003
                 purna perabot di Sekolah
                 Kebangsaan Tanjung
                 Lalang, Temerloh.

4.              Membekal, membuat dan               163 000                          Februari
                 memasang dengan sem                                                          2006
                 purna perabot di Sekolah
                 Menengah Abu Bakar,
                 Temerloh.

5.              Membekal, membuat dan                30 000                            Februari
                 memasang dengan sem                                                           2006
                 purna perabot di Pejabat
                 Jabatan Perhutanan
                 Temerloh.

6.              Membekal, membuat dan                120 000                           Febrauri
                 memasang dengan sem                                                            2006
                 purna perabot di 23 buah
                 rumah kakitangan Felda
                 Lepar Hilir, Kuantan.
7.              Membekal, membuat dan                 100 000                          September
                 memasang dengan sem                                                            2006
                 purna perabot di Amalina
                 Perdana

8.              Membekal, membuat dan                  50 000                           April
                 memasang dengan sem                                                            2008
                 purna perabot Kuarters
                 Felda Bukit Sagu, Kuantan

9.              Membekal, membuat dan                  140 000                         April
                 memasang dengan sem                                                            2008
                 purna perabot di Sekolah
                 M e n e n g a h T e k n i k
                 Puteri, Temerloh.
10.            Membekal, membuat dan                  469 000                         Disember
                 memasang dengan sem                                                            2008
                 purna perabot Kuarters
                 Penjara Simpang
                 Renggam, Johor.

11.            Kerja-kerja membuat dan                 750 000                          Oktober
                 memasang perabot                                                                   2009
                 sekolah untuk bangunan
                 tambahan RMK9

10.  Al Mizi Industries yang ada hari ini adalah apa yang telah
diusahakan selama ini. Sokongan dan kepercayaan pelanggan
adalah aset yang amat kami hargai. Kami yakin dengan aset dan
kekuatan yang ada, Al Mizi Industries mampu untuk terus
berkembang dan bersaing di pasaran arus perdana yang
semakin mencabar.

11. AL MIZI INDUSTRIES yang ada pada hari ini telah melalui dan
menempuhi liku-liku perniagaan yang tak semudah yang
disangka. Pahit maung dan cabaran yang mendatang berjaya
diharungi dengan semangat yang kental. Semangat yang
tidak mengenal erti penat dan lelah apatah lagi putus
asa. Sesungguhnya kejayaan untuk terus bertapak
sehingga ke hari ini dan tidak lain dan tidak bukan hasil
sokongan keluarga, pekerja, rakan-rakan dan semua pihak
sekali gus membuktikan yang AL MIZI INDUSTRIES
mampu berjaya sebagaimana berjayanya syarikat-s
y a r i k a t  b a n g s a  l a i n . J u s t e r u  i t u  k a m i  m e n a w a r
perkhidmatan dan produk yang berpegang pada p r i n s i p
mengutamakan kualiti dan kepuasan pelanggan.Harapan
dan usaha yang kental maka suatu masa nanti akan
ada di mana-mana... AL MIZI INDUSTRIES